“Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Setiap Muslim”

Adakah anda masih tercari-cari produk HALAL keluaran umat Islam di pasaran? Ingin menambah pendapatan dengan menyertai perniagaan rangkaian produk HALAL secara online?

Peluang Bisnes Produk Halal HPA Bersama Team HPA4MUSLIM . Jana Bonus Lumayan Setiap Bulan Dengan Menjadi Pengguna Setia Produk HPA. Mari Bersama Kami.


PERJALALAN MENCARI YANG HALAL

RAMPAS...pegawai KPDNKK dan Jakim merampas produk bebola daging babi terbabit.
Lebih menjijikkan, makanan berasaskan daging babi iaitu bebola babi diletakkan bercampur aduk dengan makanan halal seperti mi, kuetiau, bebola ikan dan kek ikan di dalam peti sejuk besar.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pekerjanya memakai baju bertanda logo halal, namun amat mengejutkan apabila sebuah syarikat pengeluar makanan dikesan turut menjual produk berasaskan daging babi.

Amalan menjijikkan itu terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya di kilang terbabit di Taman Sutra, Sungai Petani, Kedah, Selasa lalu.

Menurut sumber Jakim, operasi diketuai Penolong Pengarah cawangan itu, Amri Abdullah dan disertai dua pegawai Jakim serta dua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani, Kedah.

Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung kemusykilan status syarikat pengedar makanan terbabit yang dikenal pasti memasarkan produk mereka kepada pengguna Islam di Kedah.

“Hasil serbuan pada jam 11.30 pagi, premis terbabit adalah kilang menghasilkan mi dan kuetiau oleh pemiliknya seorang pengusaha bukan Islam. Pemiliknya juga tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim.
“Pada masa sama mereka turut mengedarkan tiga makanan yang diambil daripada pengusaha lain iaitu bebola ikan dan kek ikan yang ada kelulusan halal daripada Jakim.

“Namun, kesalahan dilakukan pemilik kilang terbabit ialah mencampurkan semua produk itu dengan bebola babi yang mereka peroleh daripada pengeluar lain,” katanya.

Menurutnya, pihak Jakim dan KPDNKK menyedari kewujudan produk berasaskan daging babi itu berdasarkan pemeriksaan terhadap senarai barang jualan yang turut mencatatkan ‘pork ball’ atau bebola babi.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui peket bertulisan ‘pork ball’ yang dicampurkan dengan produk makanan halal mempunyai logo Jakim di dalam peti sejuk besar,” katanya.

Sumber itu berkata, percampuran produk halal dengan daging babi terbabit boleh menimbulkan syubahah (keraguan) dari segi hukum syarak dan tindakan pemilik kilang itu menyalahi peraturan dan garis panduan yang tertakluk dalam syarat pemberian Sijil Pengesahan Halal Jakim.

“Malah, siasatan lanjut mendapati produk babi dan makanan halal termasuk mi dan kuetiau dicampurkan di dalam satu lori sejuk beku yang sama sebelum dihantar kepada pelanggan dan peruncit di Sungai Petani,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan ada kira-kira 15 pekerja termasuk pekerja warga asing Bangladesh memproses makanan berkenaan dan kebanyakannya memakai pakaian yang memaparkan logo halal.

“Pekerja mereka pakai baju dengan logo halal sedangkan pihak syarikat turut menjual babi. Tindakan itu seolah-olah mempersenda Islam,” katanya.

Menurutnya, pemilik syarikat terbabit berusia 40-an memberi alasan mudah apabila memberitahu tidak tahu ia satu kesalahan mengikut hukum Islam.

“Susulan itu, KPDNKK merampas lebih 20 peket bebola babi berkenaan untuk tindakan lanjut. Siasatan turut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk beroperasi,” katanya.



'Boikot produk mereka' (12/06.2010)
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam negara ini tidak boleh mengharapkan tindakan pihak berkuasa semata-mata untuk menghukum pengeluar makanan yang mengambil ringan isu halal haram, sebaliknya perlu menggunakan kuasa mereka dengan memboikot produk keluaran syarikat terbabit.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, masyarakat Islam perlu berbuat demikian ke atas syarikat pengeluar makanan tertentu apabila ada maklumat sahih dan terbukti berlaku salah laku itu.

“Jakim menghargai kerjasama orang ramai memberi maklumat dan akan melindungi mereka, tetapi pengguna juga boleh bertindak terhadap pengilang atau pengeluar yang mempersenda dan mempermainkan pengguna Islam.

“Bagi pihak Jakim, kita akan mengambil langkah profesional dengan membuat siasatan secara adil supaya tidak wujud situasi pengeluar produk teraniaya dengan aduan palsu,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai serbuan penguat kuasa Cawangan Pemantauan dan Hab Halal Jakim Putrajaya terhadap sebuah kilang di Sungai Petani yang dikesan meletakkan bebola babi dalam satu peti sejuk besar bersama makanan halal seperti mi, kuetiau, bebola dan kek ikan.

Menurutnya, dalam kes itu, pengilang terbabit jelas melakukan kesalahan daripada segi manual serta prosedur standard operasi (SOP) dan Jakim berhak menarik semula sijil halal.

Katanya, pihak penguatkuasaan dalam kes itu termasuk Jakim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan jabatan agama negeri boleh membawa kes ke mahkamah.

“Apa yang lebih penting untuk kesejahteraan umat Islam di negara ini ialah bertindak dengan cara menggunakan hak termasuk memboikot produk.

“Jika jelas menyedari dan mengetahui ada produk menggunakan label dan logo palsu, kita juga berhak mengambil tindakan sama (boikot) sebagai pengajaran kepada pihak tertentu yang cuba mempersendakan pengguna,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan sebahagian besar pekerja kilang terbabit memakai baju bertanda logo halal, namun amat mengejutkan apabila syarikat pengeluar makanan itu dikesan turut menjual produk berasaskan daging babi dan mencampurkan dengan makanan halal lain.
0 Responses

Post a Comment

welcome