Pernahkah anda dengar tentang keluaran produk minuman YHS yang terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap-harap baca dulu ya, bahan-bahan yang terkandung dalam minuman ini. Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yang saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS.
Yalah, apalah bahan yang nak dibubuh dalam minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini. Lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yang baik, yang murni, dari mana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber untuk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dengan pengguna-pengguna Islam yang sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yang mereka bekalkan atas jenama YHS?? Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yang dah memang dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekadar berkongsi info dan diharap sesiapa yang teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yang haram jika memasuki dalam tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kepada anak-anak kita yang mungkin kurang arif tentang perkara ini.
Read more: IddinMcorneR: Awas..GREEN BEAN SOY DRINK - Ada kandungan babi dalam ramuannya.. http://iddinmcorner.blogspot.com/2010/09/awasgreen-bean-soy-drink-ada-kandungan.html#ixzz12AUzcNpu
Under Creative Commons License: Attribution
Post a Comment