“Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Setiap Muslim”

Adakah anda masih tercari-cari produk HALAL keluaran umat Islam di pasaran? Ingin menambah pendapatan dengan menyertai perniagaan rangkaian produk HALAL secara online?

Peluang Bisnes Produk Halal HPA Bersama Team HPA4MUSLIM . Jana Bonus Lumayan Setiap Bulan Dengan Menjadi Pengguna Setia Produk HPA. Mari Bersama Kami.


PERJALALAN MENCARI YANG HALAL


Petikan akhbar 2hb Okt 2010:

ALOR SETAR: Cukup merugikan jika umat Islam terutama usahawan tidak mengambil peluang daripada keyakinan tinggi negara asing mengenai jenama halal produk yang dikeluarkan di Malaysia.

Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Ismail Ahmad, berkata dengan nilai permintaan terhadap produk halal bernilai RM7.1 trilion tahun ini di seluruh dunia, peluang bagi usahawan yang mampu mengeluarkan produk sedemikian untuk berjaya cukup luas.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan golongan intelek terutama graduan di negara ini tidak terlalu berharap dengan kerjaya di sektor kerajaan dan swasta sebaliknya berusaha untuk mencipta produk sendiri.

“Pengangguran berada pada tahap 3.3 peratus setakat Julai lalu, termasuk membabitkan 40,000 graduan. “Kami (HPA) melihat peluang pasaran produk halal ini cukup besar dan amat berpotensi, sekali gus berharap seramai mungkin graduan menanam impian menjadi usahawan seterusnya rakan niaga HPA,” katanya menyampaikan kertas kerja sempena Karnival Usahawan 2010 anjuran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di kampus induk KUIN di sini, pagi semalam.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment

welcome