“Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Setiap Muslim”

Adakah anda masih tercari-cari produk HALAL keluaran umat Islam di pasaran? Ingin menambah pendapatan dengan menyertai perniagaan rangkaian produk HALAL secara online?

Peluang Bisnes Produk Halal HPA Bersama Team HPA4MUSLIM . Jana Bonus Lumayan Setiap Bulan Dengan Menjadi Pengguna Setia Produk HPA. Mari Bersama Kami.


PERJALALAN MENCARI YANG HALAL
Labels: 0 comments | edit post
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL

Labels: 0 comments | edit post
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL

pokok ara
Keterangan Produk

1. Minuman ini dihasilkan daripada pokok Ara Tanah yang telah dikeringkan.

2. Ekstrak daripada herba ini dapat membantu mengubati asma/athma, batuk, radang saluran pernafasan, bronchitis (bengkak pada tiub kerongkong), seriawan mulut, diuretik (kumuhkan air kencing), mencuci perut/usus, muntah, sembelit, batu karang, cirit birit dan mengeluarkan kahak.

3. Anti radang, anti depressant (untuk tekanan darah), anti hipertensi, antioksidan, anti pruritic (menghilangkan gatal), anti kekejangan

4. Bersifat astringen, boleh mengecutkan tisu kulit. Oleh itu, baik untuk rawatan bisul dan bengkak.

5. Boleh menggalakkan perkumuhan air kencing.
Ia adalah satu lagi herba yang dapat membantu dalam merawat penyakit seperti berikut:
1. ASMA

2. BATUK

3. RADANG SALURAN PERNAFASAN

4. BRONCHITIS (BENGKAK PADA TIUB DIKERONGKONG)

5. SERIAWAN MULUT

6. DEURETIC ( MEMBANYAKKAN AIR KENCING-KUMUH)

7. MENCUCI PERUT/USUS

8. MUNTAH

9. SEMBELIT

10. BATU KARANG

11. CIRIT-BIRIT

12. KELUARKAN KAHAK

Selain yang terdapat dalam senarai di atas, herba ini juga mempunyai keistimewaan untuk ANTI RADANG, ANTI DEPRESSANT (UNTUK TEKANAN DARAH), ANTI HIPERTENSI, ANTIOKSIDAN, ANTI PRURITIC (MENGHILANGKAN GATAL) dan ANTI KEKEJANGAN.

Untuk rawatan bisul, herba ini juga berkesan untuk mengecutkan ia kerana herba ini bersifat Astringent iaitu boleh mengecutkan tisu kulit.

Sumber dari : blog jamaluddin yeop majlis
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL

Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.

Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai matlamat kita.

Bijak pandai pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri."

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

Sayangi diri.

Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manfaat buatnya.

Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.

Kisah Guru Dan Murid

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"

Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"

Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"

"Belajar sungguh-sungguh!"

"Jaga hati!"

"Pakai topi keledar!''

Maka kata si guru,

"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.

Kenapa?

Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

Kisah Lelaki dan Jadual Penerbangannya

Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"

Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.

"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?"

"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!"

"Bagus!"

Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.

"Kenapa bagus?".

"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu."

Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!"

Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!

Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi "Menuju Kejayaan."

"Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah."

Sumber dari:iluvislam.com

welcome