“Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Setiap Muslim”

Adakah anda masih tercari-cari produk HALAL keluaran umat Islam di pasaran? Ingin menambah pendapatan dengan menyertai perniagaan rangkaian produk HALAL secara online?

Peluang Bisnes Produk Halal HPA Bersama Team HPA4MUSLIM . Jana Bonus Lumayan Setiap Bulan Dengan Menjadi Pengguna Setia Produk HPA. Mari Bersama Kami.

PERJALALAN MENCARI YANG HALAL
Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2010/08/15
47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

•Kintop

•Body Beaus

•BMI-9 Xylimming Capsule

•Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

•Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

•Obexlim

•Slimax Coffee

•Beaute Fit Body Contour

•Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

•357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

•Makjun Taufiq Dua Istimewa

•Majun Dua Istimewa

•Ginseng Jin Fui Wan

•Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga

•Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)

•Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule

•Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill

•Makjun Syafiq 3 Istimewa

•Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

•Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

•Eriesya Spa Beauty Cream

•Atika Beauty Renewal Cream

•Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya

•Ratna Sari Whitening Night Cream

•Tia Amelia Krim Jeragat

•Chantique Whitening Night Cream

•RZAC White Pearl Cream

•Nuriz Day and Night Cream

•Elite Rias Er Cream

•R&Z Whitening Night Cream

•Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream

•Pigmentation Recovery Complex

•Zara Rejuvenation Cream

•Natasya Krim Herba Gold

•De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

•Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

•Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan

•Qian Tong Dan

•Raja Ubat Resdung

•Coral Plus UA 350MG
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL
dari web HPA
Kiosk HPA @ Giant Sg Petani
Posted on August 14, 2010 with Comments Off



Bandar HPA Sg Petani, 13hb Ogos 2010: Kiosk HPA @ Giant Sg Petani di buka untuk jualan kepada orang ramai. Dijangka dengan perbukaan kiosk ini produk HPA akan lebih dikenali orang umat Islam dan juga memudahkan ahli HPA sedia membuat belian produk.
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL
petikan HARIAN METRO 13/8/2010
Bufet berbuka sos alkohol
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


2010/08/13 PETALING JAYA: Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Itulah yang dibongkar penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan operasi khas ke beberapa hotel di sekitar Lembah Klang, semalam dan kelmarin.


BUKTI...seorang penguat kuasa Jakim menunjukkan botol arak masakan yang ditemui di sebuah hotel, semalam. Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, sepanjang dua hari itu pihaknya memeriksa sembilan hotel dengan tumpuan diberikan kepada hotel yang menawarkan sajian bufet Ramadan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu menemui bukti kukuh arak dan sos beralkohol digunakan sebagai bahan masakan termasuk juadah berbuka puasa di dua hotel.

“Operasi itu dilakukan bagi mengotakan janji Jakim bertegas mengambil tindakan terhadap hotel yang menganjurkan promosi bufet berbuka puasa tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan, khususnya dalam aspek halal,” katanya.

Beliau berkata, satu daripada hotel yang menggunakan bahan beralkohol sebagai resipi masakan dikesan hasil operasi terbaru dilakukan jam 11 pagi semalam di pinggir ibu negara.

Menurutnya, pemeriksaan rapi dilakukan di dapur hotel berkenaan yang dibahagikan kepada bahagian penyediaan makanan tempatan serta bahagian dapur khusus makanan Cina dan barat.
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL

JANGAN MEMBAZIR

Jangan membazir..Ingatlah masih ada dikalangan umat Islam yang memerlukan jariah kita. Daripada membazir di pasar ramadhan, alangkah indahkan kalau kita memperbanyakkan sedekah.


Banyak betul cabaran di bulan Ramadhan ni kan..Moga-moga kita berjaya menewaskan nafsu kita.







PERJALALAN MENCARI YANG HALAL


SALAM RAMADHAN
Kami mengucapkan selamat berpuasa buat semua sahabat handai dan rakyat m'sia amnya..Bersyukur kita kerana masih lagi diberi peluang menunaikan ibadah puasa pd tahun ini..jadikan puasa kali ini lebih baik dr puasa yg lepas..kuatkan ibadah,tingkatkan ketakwaan pd Allah s.w.t. semoga ibadah puasa kita diterima disisinya..amin...
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL

PEMBERSIH WANITA (Feminine Hygiene)


Feminine Hygine yang di rumus khas untuk penjagaan intim wanita. Cecair kebersihan wanita yang menyegarkan dengan keharuman semulajadi dan tanpa bahan pewarna. Diformulasikan secara eksklusif untuk kebersihan, kesegaran dan keyakinan wanita serta memelihara pH bahagian sulit. Ia diperkaya dengan ekstrak herba Barringtonia Racemosa dan Cinnamomum Culilawan yang terbukti untuk :-



  • Merawat keputihan

  • Memelihara kulit daripada jangkitan fungus

  • Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina.

Cara penggunaan:


Sapukan sedikit pembersih Racemosa Feminine Hygine pada vagina. Biarkan selama 30 saat kemudian bilas dengan air hingga bersih.


PERJALALAN MENCARI YANG HALAL
ALAT PENGESAN UTAMA TUBUH BADAN PERLU WUJUD (Sambungan dari post PENGESAN DNA BABI)

Alhamdulillah, semalam dalam ruangan Berita Minggu diberitakan UPM telah mencipta sebuah alat bagi mengesan kehadiran DNA BABI dalam makanan. Alat ini amat sesuai digunakan bagi pengesanan/pemantauan penyediaan makanan di hotel/ restoran @ kopitiam (*yg akhir2 ini banyak dipertikaikan keHALALANnya)

Walau bagaimanapun, biar apa pun alat yang digunakan sekira kita para pengguna Muslim tidak meletakkan HATI NURANI kita sebagai pengesan PRIMER mana mungkin alat ini berkesan. Apa maksudnya??... Bagi saya pengesan sebenar yang perlu ada bukan sekakadar alatan@ tools yang hebat seperti alat tersebut..tetapi sejauh mana pengesan HATI kita terasa SENSITIF terhadap pemakanan kita. Jika kita masih mengambil langkah membujur lalu, melintang sapu apa saja yang ada di hadapan kita mana mungkin alat ini berfungsi secara efektif.

Alhamdulillah, alatan ini wujud dikala isu HALAL & HARAM menjadi semakin terkesan. Namun sekiranya masih ada dikalangan umat Islam yang masih TIDAK PERNAH BERTANYA ATAU MENGAMBIL BERAT PERSOALAN BERIKUT amat sayang sekali :

Pernahkah anda bertanya :

1) Adakah produk yang anda gunakan untuk menyucikan diri setiap hari termasuk untuk beribadah kepada Allah SWT dihasilkan dari sumber yang halal?

2) Sekiranya ada berita keraguan terhadap sumber bahan mentahnya, anda terus meninggalkan produk tersebut?

3) Adakah makanan yang anda & keluarga anda makan dihasilkan dari sumber yang HALAL?

4) Adakah anda mengambil langkah yang sama di perkara no.2 bagi persoalan pemakanan ini?

Jika kesemua jawapan anda adalah TIDAK..maka anda perlu membuat kalibrasi terhadap HATI kita..ALAT PENGESAN PALING UTAMA.
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL

Alat HaFYS kesan DNA babi dengan tepat, bantu pastikan restoran tepati piawaian Syariah

AWAL minggu ini, umat Islam digemparkan dengan berita sajian tidak halal yang disediakan kebanyakan kopitiam di negara ini. Pendedahan itu yang menyusuli laporan mengenai pasar raya menjual ayam tidak disembelih dengan sempurna, hanya mencetuskan kebimbangan ramai yang sudah pasti amat sensitif dengan isu halal haram makanan ini. Persoalannya, selain logo halal disahkan kerajaan, apakah ada cara lain dapat membantu menangani isu ini, khususnya mengesan kehadiran unsur babi dalam makanan? Jawapannya - alat HaFSY atau sistem pengesahan halal yang dibangunkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM). Malah, pada tempoh terdekat ini, jika melihat pegawai agama atau anggota penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membawa alatan berwarna hitam seperti pembakar roti, memasuki mana-mana restoran, kilang atau kedai runcit, jangan tersalah sangka, ia bukan untuk dijual sebaliknya itulah HaFSY.

Alat itu sebenarnya adalah pengesan produk halal atau haram melalui pengesanan dan pengesahan Deoxyribonucleic Acid (DNA) yang dikhaskan bagi menentukan sesuatu produk mengandungi DNA babi atau tidak.

Ia dibangunkan IPPH selama lebih setahun yang terbukti berkesan, pantas mendapatkan keputusan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Berbanding kaedah kajian sebelum ini, sampel produk akan dibawa ke makmal untuk dikaji dan keputusan paling cepat akan diperoleh selepas dua hari. Kini, ia cuma diperoleh dalam masa satu jam untuk menentukan produk mengandungi DNA babi atau tidak.
Bersesuaian moto produk HaFYS iaitu ‘one step, one button, one hour’ (satu langkah, satu butang, satu jam) sudah menceritakan kelebihannya.

Ia bermaksud pengguna boleh mengenal pasti atau mengesan kehadiran DNA babi dengan satu langkah penyediaan saja, menekan butang pada mesin PCR dan keputusan sama ada positif atau tidak boleh diperoleh dalam masa satu jam.

Bak kata Pengarah IPPH, Prof Dr Yaakob Che Man, melalui penggunaan produk itu, sesiapa saja boleh menguji sesuatu produk tanpa memerlukan kelayakan dalam bidang kajian DNA.

“Ustaz pun boleh buat, ia cukup mudah. Kita tak perlukan saintis untuk buat kerja pengesahan ini kerana keputusan yang diperoleh melalui alat ini tepat dan terbukti. Hanya masukkan sampel produk ke dalam alat kajian dan tunggu keputusan dalam masa sejam.

“Sesiapa saja boleh menggunakannya dan itulah matlamat ini supaya orang ramai sentiasa peka dengan produk halal atau haram dan satu daripadanya adalah melalui ujian saintifik makmal menggunakan produk HaFYS,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, ramai pengguna yang tidak tahu atau tidak faham apa yang dikatakan DNA iaitu bahan baka di dalam tubuh manusia dan hampir semua organisma lain.

Maklumat dalam DNA disimpan sebagai kod yang terdiri daripada empat asas kimia iaitu Adenine (A), Guanine (G), Citosin (C), dan Thiamin (T).

Jika dibuat kajian saintifik terhadap sesuatu produk dan ada jujukan atau urutan DNA daripada sumber haram dan sepadan dengan rekod DNA babi, secara automatik ia akan menunjukkan laporan positif. Begitu juga sekiranya ada DNA dari haiwan lain yang haram dimakan mengikut syarak.

Dr Yaakob menjelaskan, IPPH menjalankan penyelidikan mengikut kaedah penentuan kehadiran DNA daripada spesis haiwan yang tidak halal seperti babi bagi mengesahkan kehadirannya.

“Kami reka bentuk primer dan ‘probe’ (alat siasatan) sepadan dengan jujukan DNA babi. Seterusnya analisis lanjut Polymerase Chain Reaction (PCR) atau Ujian Tindakan Rantai Polimeris, dijalankan bagi menentukan sama ada wujud DNA babi dalam sesuatu produk halal. Hanya ada dua keputusan tepat iaitu positif atau negatif,” katanya.

Menurut Dr Yaakob, HaFYS bukan saja direka untuk mengesan unsur DNA babi dalam makanan tetapi berkesan dalam kajian terhadap pakaian, barangan kosmetik. Apa saja yang mempunyai unsur DNA babi walaupun dalam jumlah yang terlalu kecil, boleh dikesan menggunakan alat berkenaan.

Setakat ini, IPPH hanya memfokuskan kepada alat pengesanan kehadiran unsur DNA babi dan kini membangunkan kaedah sama mengesan kehadiran unsur alkohol.

Banyak pihak dikatakan mempunyai alatan PCR dalam menjalankan kajian makmal, tetapi produk HaFYS yang lebih terperinci diakui satu satunya produk di dunia yang dikhaskan kepada mengesan DNA babi.

“Dalam aspek sains, produk halal merujuk kepada kualiti yang baik (toyyibat) bermaksud produk itu selamat, bersih, berkhasiat, tidak memberi kemudaratan serta sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan benda yang baik.

“Dalam erti kata lain, konsep ‘halalan toyyiba’ seperti yang terkandung dalam Al Quran menepati makna sebenar produk halal. Menjadi tanggungjawab kami membantu umat Islam mengenal pasti produk halal atau haram dan menjadi tanggungjawab masyarakat menyedari hak mereka,” katanya.

Ketika ini produk ini yang mendapat kerjasama daripada sebuah syarikat di Utah, Amerika Syarikat sudah pun diluluskan dan bersedia memasuki pasaran tempatan serta antarabangsa.


'Berpotensi jadi kaedah piawaian antarabangsa'

PRODUK pengesan produk halal atau haram melalui pengesahan Deoxyribonucleic Acid (DNA), HaFYS (Halal Verification System) berpotensi dipasarkan serta digunakan di seluruh dunia berdasarkan kaedah penggunaannya yang tepat dan mudah.

Ketika ini, produk hasil kajian dan penyelidikan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) itu sudah mula diperkenalkan di serata dunia termasuk kepada 80 peserta luar negara mewakili agensi persijilan halal sempena MIHAS 2010, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah IPPH merangkap penyelidik, Prof Madya Dr Shuhaimi Mustafa, berkata pihaknya banyak bekerjasama dengan negara luar termasuk Thailand, Indonesia dan Turki dalam usaha mengenengahkan penggunaan HaFYS.

Kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berperanan penting dalam menentukan status produk halal dilihat sebagai peluang keemasan untuk memantapkan penggunaan produk halal di peringkat tempatan dan luar negara.

“Kami mempunyai hubungan erat dengan JAKIM dan bekerjasama memberikan penerangan dan melatih pegawai mereka dalam aspek analisis saintifik serta menerima banyak sampel yang dikategorikan sebagai was-was untuk dianalisis.

“IPPH cukup yakin, melalui JAKIM, produk HaFYS ini berpotensi menjadi kaedah standard dan boleh digunakan di seluruh dunia. Walaupun JAKIM mengeluarkan cop Halal tetapi bagaimana kita nak pastikan produk mereka betul betul halal,” katanya.

Selain itu, IPPH turut menganggotai banyak jawatankuasa di JAKIM serta bertanggungjawab melatih pegawai agensi itu dalam aspek analisis saintifik serta menerima banyak sampel yang dikategorikan sebagai was-was untuk dianalisis.

Katanya, kaedah penggunaan produk itu dilihat menepati cita rasa masyarakat kerana pengguna hanya perlu memasukkan sampel kecil produk ke dalam tabung kecil sebesar batang pen sebelum meletakkannya ke dalam pemegang khas.

“Sampel itu dimasukkan ke dalam tabung kecil yang mengandungi semua bahan kajian, ia akan mengesan sebarang unsur DNA babi. Itulah yang membezakan produk ini kerana PCR kami adalah satu satunya mesin mempunyai ‘primer dan probe’ yang khas untuk DNA babi,” katanya.

Beliau turut memberikan contoh bagaimana ikan patin dan ikan keli yang didakwa diberi makanan bercampur unsur babi boleh dikesan sama ada mempunyai DNA haram atau tidak dengan cara mengkaji salah satu daripada sampel makanan, perut ikan, air kolam, lendir pada ikan dan lumut.

Dalam erti kata mudah, produk HaFYS akan dapat mengesan dengan tepat jika terdapat anggaran unsur DNA babi dalam sebarang produk dengan catatan bacaan 0.001 peratus ataupun satu auns (0.04 gram) bagi setiap satu kilogram.

Kesimpulannya, dalam konteks sains, produk halal merujuk kepada kualiti yang baik (toyyibat) bermaksud produk itu selamat, bersih, berkhasiat, tidak memberi kemudaratan serta sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan benda yang baik.

Itu bermakna konsep ‘halalan toyyiba’ seperti yang terkandung dalam al-Quran menepati makna sebenar produk halal yang tidak perlu diragui.

Info
Kaedah lain mengesan unsur haram


•Protein (ELISA)

•Lemak (Kromatografi, FTIR)

•Electric Nose

•Alkohol (GC)

Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH)


•Ditubuhkan tahun 2005 dengan nama Institut Produk Halal

•Ditukar nama kepada IPPH pada 2006

•Skop kajian:
1) Makanan
2) Pakaian
3) Kosmetik

•Produk HaFYS pernah memenangi Anugerah Harta Intelek Negara 2009.

Produk HaFYS


•Setiap mesin bernilai RM50,000

•Satu cartridge bernilai RM200

•Berat maksimum mesin: 4 kilogram

•Hampir sama dengan teknologi mengesan denggi, malaria dan influenza.

•Mempunyai primer dan probe yang pertama di dunia


Petikan : Berita Minggu 01 Ogos 2010

welcome