“Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Setiap Muslim”

Adakah anda masih tercari-cari produk HALAL keluaran umat Islam di pasaran? Ingin menambah pendapatan dengan menyertai perniagaan rangkaian produk HALAL secara online?

Peluang Bisnes Produk Halal HPA Bersama Team HPA4MUSLIM . Jana Bonus Lumayan Setiap Bulan Dengan Menjadi Pengguna Setia Produk HPA. Mari Bersama Kami.


PERJALALAN MENCARI YANG HALAL




(Sumber dari: MIS)

Labels: 0 comments | edit post
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL
TEPUNG GANDUM (1 KG)



Produk baru Pineeapple Chips dan Apple Chips. Boleh didapati disemua outlet HPA diseluruh negara.






PERJALALAN MENCARI YANG HALAL










(sumber dari : MIS )
Labels: 0 comments | edit post
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL
Sebelum ini saya letakkan resepi mi bandung muar hpa seperti yg tertulis dibelakang kotak pes mi bandung muar HPA..Sekarang saya akan kongsikan resepi dan cara membuatnya mengikut citarasa saya dan keluarga..ternyata lebih sedap...saya ubahsuai dan tambah sedikit bahan2nya...

BAHAN-BAHAN :-
1 kotak pes mi bandung muar
1 bungkus mi kuning HPA
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit ayam organik HPA (potong kecil dn ktt mengikut citarasa)
sebungkus fish cake dan fish ball
sekeping tauhu
lobak merah/sodet jagung/bunga kobis
sayur sawi
4 biji telor
1.2 liter air
nota: tak perlu masukkan garam dan gula sebab semuanya telah terkandung dlm pes tersebut.
CARA MEMASAK :-
PES MI BANDUNG MUAR

AYAM ORGANIK HPA

1. potong bawang merah dan bawang putih(tumbuk halus)..potong semua jenis sayur mengikut citarasa anda.


2. potong kecil ayam,fish cake dan fish ball (anda blh juga gantikan ayam dgn udang/sotong mengikut citarasa anda). dlm peti ais saya cuma ada ayam je..


3. masukkan sedikit sahaja minyak (sbb dlm pes mi bandung sudah ada minyak) utk menumis bwg merah dan bwg putih.


4. setelah bawang garing,masukkan 1.2 liter air dan biarkan hingga mendidih.




5. selepas itu masukkan pes mi bandung muar,kacau bagi sebati.





6. setelah kuah mendidih masukkan ayam,fish cake dn fish ball,tauhu (goreng dulu)..apabila ayam agak masak masukkan pula semua jenis sayur-sayuran.


CARA MEMASAK MI KUNING HPA

keluarkan mi pada bungkusan dan basuh dahulu.

kemudian masukkan air panas dan biarkan selama 3 minit.



selepas itu toskan mi.





Akhirnya...siap lah mi bandung HPA..anda blh taburkan bawang goreng,daun bawang dan cili merah.saya tak sempat hias dah,siap je terus makan...satu lg sesiapa yg nak pedas blh tambah cili padi.. tp bg saya dh cukup pedas dah.

Sahabat2 semua blh la mencubanya....memang sedap dan yg penting mudah dan cepat menyediakannya..




Labels: 0 comments | edit post
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL

Dibawah ini adalah resepi mi bandung yg terdapat dibelakang kotak pes mi bandung muar.


CARA HIDANGAN:-

BAHAN-BAHAN

Pes Mi Bandung Muar HPA
1 Keping Tauhu Goreng
Sayur Sawi
Udang
5 Biji Telur Ayam
1.2 Liter Air
1 Mee Kuning Radix

CARA MEMASAK:-
Didihkan 1.2 Liter Air. Masukkan Pes Mee Bandung HPA. Biarkan mendidih Selama 5 Minit kemudian masukkan Tauhu, Udang dan sotong kering. Selepas itu masukkan telur, sebiji-sebiji sehingga masak. Masukkan Mee Kuning dan Sayur Sawi Hijau, biarkan 2-3 minit dan sedia untuk dihidang.


CARA PENYEDIAAN MEE KUNING RADIX

Masak air hingga mendidih
Masukkan Mee Kuning Radix selama 3 minit
Toskan dan sedia dimakan


*hidangan untuk 8 orang.

Labels: 0 comments | edit post
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL

gambar sekadar hiasan

gambar sekadar hiasan
Denda melebihi RM250,000

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my

BERA 25 Julai – Denda lebih tinggi melebihi RM250,000 akan dikenakan terhadap pengusaha restoran dan kopitiam yang menipu penggunaan logo halal dalam menjalankan perniagaan mereka.

Perkara tersebut terkandung dalam pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Oktober ini yang menyaksikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pengusaha terlibat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan itu membuktikan bahawa kerajaan begitu tegas terhadap mana-mana pengusaha yang melanggar peraturan berkaitan perkara itu.
Menurut beliau, hukuman sedia ada iaitu denda RM100,000 terhadap individu dan RM250,000 terhadap syarikat serta masing-masing tiga tahun penjara agak rendah dan mampu dibayar oleh mereka.

“Tindakan itu adalah wajar bagi memberi pengajaran kepada pengusaha kopitiam dan restoran supaya tidak menipu pengguna dengan mempamerkan logo halal tetapi makanan yang dijual adalah sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Wanita Bera Berhad (Kowada) di sini hari ini.

Semalam, Ismail Sabri berkata, sebuah kopitiam terkenal di Kuala Lumpur yang diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kelmarin boleh didenda sehingga RM100,000 jika didapati bersalah melakukan penipuan berhubung penggunaan logo halal.

Kopitiam yang mendapatkan sijil halal daripada syarikat swasta itu telah diserbu oleh Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan daging ayam daripada sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam.

Ismail Sabri menjelaskan, pindaan akta tersebut membolehkan denda yang dikenakan lebih tinggi berbanding sebelum ini dan tempoh hukuman penjara akan turut dinaikkan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pindaan akta tersebut diluluskan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini bagi mengelakkan masalah tersebut berulang pada masa depan.

Tegasnya, akta berkenaan bukan sahaja melibatkan pengusaha kopitiam dan restoran tetapi juga syarikat yang membawa produk makanan dengan menggunakan logo halal negara lain yang diperiksa kesahihannya oleh Jakim dan jabatan agama Islam di setiap negeri.

“Isu makanan halal ini adalah sensitif dan sepatutnya pengusaha terbabit mengambil berat mengenai perkara ini,” katanya.

(sumber dari: Utusan Malaysia Online)
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL

Mohd. Amri Abdullah (kanan) bersama pegawai penyelidikan halal Jakim, Roslan Bahari menunjukkan resit pembelian ayam tidak halal sewaktu operasi di sebuah restoran di Kepong, Kuala Lumpur, semalam


Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.

Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.
Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.

Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.

Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.

“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.

“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.

Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.

Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL





Majlis Perasmian RFC Cawangan Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan telah selamat dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Seri Bentara Setia Haji Nik Aziz Bin Haji Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan pada tarikh 25hb Julai 2010 pada pukul 2 petang. Alhamdulillah HPA kini sekali lagi telah mengorak langkah ke hadapan dengan membuka Cawangan RFC kali ketujuh termasuk Cawangan RFC Kubang Kerian di seluruh Malaysia. Insya Allah di masa akan datang HPA akan memperbanyakkan lagi cawangannya di serata-serata tempat. Sama-sama kita mendoakan.

Dicatat oleh PEJABAT OPERASI ZON UTARA
Labels: 0 comments | edit post
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL





























Latar belakang Radix Fried Chicken

Radix Fried Chicken Sdn Bhd (RFC) memulakan operasinya pada 1hb Jun 2008 di Lagenda Heights, Sungai Petani. Pembukaan RFC ini adalah 100% milikan Bumiputera Islam. RFC merupakan salah sebuah syarikat subsidiari di bawah HPA Industries Sdn Bhd dan berkonsepkan restoran makanan segera berlandaskan Syari’ah Islam. Segala aspek keperluan dan kehendak Syari’ah dijamin kualitinya bermula dari bekalan bahan mentah seperti ayam yang diternak sendiri dan diawasi kualiti halal dan kebersihan. Manakala aspek pengurusan dan operasinya mengamalkan prinsip etika pekerja Islam seperti adab dan tatatertib muslimin dan muslimah serta amalan zikir dan sunat sebelum memulakan kerja seharian.

” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”

Pada masa kini pasaran dan permintaan adalah tinggi ke atas makanan segera. Ini boleh dilihat dengan kehadiran jumlah restoran ‘bak cendawan selepas hujan’ diseluruh negara. Didapati pasaran konsep makanan segera di negara ini dimonopoli oleh masyarakat bukan Islam dan hampir 90% jenamanya berasal daripada luar negara.

Atas kesedaran dan tanggungjawab betapa pentingnya pilihan makanan halal, RFC diwujudkan bagi memberi pilihan makanan halal kepada umat Islam, khasnya umat Islam di Malaysia. Bermula dengan restoran pertama di Sungai Petani, RFC berazam mendirikan 400 buah lagi restoran yang serupa di seluruh negara.

Disamping itu, sejajar dengan slogan
kumpulan perniagaan HPA, “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”™ kewujudan RFC adalah satu jihad perniagaan dalam menyediakan makanan dan produk halal kepada umat Islam.

rfc kini terdapat.

1. RFC Lagenda – Sungai Petani
2. RFC Shahab Perdana – Alor Setar
3. RFC Laguna – Sungai Petani
4. RFC Kluang – Johor
5. RFC Mydin Mall – Melaka.
6. RFC Kangar
7. RFC Kubang Kerian, Depan HUSM
Labels: 0 comments | edit post
PERJALALAN MENCARI YANG HALAL
Kula Lumpur, 23hb Julai 2010.Pengarah Urusan di iringi PU2, GM, PJS HPA telah melancarkan produk baru HPA selepas selesai KPJ K.Lumpur di Hotel De Palma Ampang






welcome